Alhamdulillah pada minggu ini kumpulan saya iaitu kumpulan 3 bagi SE2 akan membuat pembentangan dengan tajuk Prinsip Casper. Alhamdulillah kami berjaya membuat pembentangan dengan lancar dan berjaya. Tiga orang rakan menjadi penilai bagi kumpulan kami. Hasil daripada pembentangan tersebut, ramai yang memahami apa yang ingin kami sampaikan. Kami juga turut manerima pujian dari Cik Mazalah.
Di akhir pembentangan, kami mengajukan 3 soalan kepada rakan-rakan dan mereka berjaya menjawab soalan tersebut.
Cik Mazalah juga telah memaparkan tajuk tugasan bagi proses penyelidikan dalam kumpulan iaitu Mini Research. Kumpulan kami memilih tajuk " Motivasi Pelajar IPT dalam Penggunaan ICT ". Cik Mazalah memberi penerangan tentang cara membuat proses penyelidikan dan antara item yang diperlukan ialah Tajuk, pernyataan masalah, objektif, persoalan kajian dan juga sampel kajian.
Kami mencari maklumat berkaitan tajuk tersebut menggunakan enjin carian Google. Maklumat yang diperolehi disimpan di dalam Google Drive. Cik Mazalah meminta kami menyiapkan kesemua elemen dan menghantarnya menerusi Group GE1155 yang telah diwujudkan di Facebook. Beliau memberi respon sekiranya terdapat kesalahan dan menyuruh kami membetulkannya dan menghantar semula bagi tujuan penyemakan.
Sekian, jumpa lagi pada minggu seterusnya.