Alhamdulillah sudah masuk minggu ke lima saya mengikuti kelas GE1155 Kompter Dalam Pendidikan ini. Dengan izin Allah S.W.T juga saya berpeluang membuat refleksi bagi tugasan 3.
Di dalam kelas GE1155, kami dikehendaki membuat kerja
dalam kumpulan. Terdapat 8 tajuk yang Cik Mazalah
berikan kepada kami. Kemudian Setiap ketua kumpulan dipanggil untuk memilih satu tajuk bagi setiap kumpulan. Kumpulan saya iaitu SE2 KUMPULAN 3 mendapat tajuk Prinsip Casper. Dengan menggunakan enjin carian seperti Google, Google Scholar dan juga laman web Perpustakaan Tun Sri Lanang, kami mencari maklumat yang diperlukan. Maklumat tersebut disimpan di dalam Google Drive dan Dropbox.
Seterusnya kami perlu mencipta 3 topik perbincangan berdasarkan tajuk setiap kumpulan. Kumpulan saya perlu mencipta topik perbincangan bagi tajuk Prinsip Casper. Kami telah membina topik tersebut dan memuat naik di bahagian forum WEEBLY GE1155. Setiap ahli kumpulan memainkan perana bagi menjawab 3 soalan tersebut.
Jumpa lagi pada refleksi seterusnya :)